Friday, September 05, 2008
Salam semua…lamanya tak update blog…teringin aje nak update blog nie tapi keadaan tak mengizinkan…busy dengan keje…lepas tue semasa kita pregnant anak no 2 nie banyak alahan sikit banding abangnya dulu…balik keje dah tak larat nak wat apa-apa
Kebanyakkan keje rumah yang rutin kita buat terpaksa kita ignore je sebab tak larat….kesian kat hubby kitalah selalu makan luar…kita memang tak leh masak…pening bau bawang…pastu nak menumis pun satu hal…kalau kita bau orang masak kita larikan diri dari situ. Takpun kita tutup hidung ler….nasib baik boleh lipat kain…dulu masa pregnant kat ilman tak leh lipat kain…sebab kita akan rasa pening….
Ketika kandungan kita 5 bulan kita upah orang untuk cuci rumah kita. Orang Indonesia tue datang hari ahad….dia akan keje dalam 3-4 jam aje….upah dia pun okeylah…dari rumah kita kotor ada orang cucikan…dia akan cuci toilet, vacum lantai rumah , mop lantai & banyak lagi ler….kita ingat nak suruh dia gosok baju jugak…tapi pikir balik tak yahlah kan rosak baju kita nanti…he..he…kita pun tak tahu sampai bila kita nak upah dia…sekarang nie pun masih lagi…dia datang bila hujung minggu….rumah kita bukannya besar mana pun…kejep aje dia wat…tak penat mana pun..kalau every week dia dah cuci tak kotor mana pun rumah kita jadinya…..kita dah penat keje tiap-tiap hari…untuk keje berat berbaloi kita upah dia…alhamdulillah setakat nie dia buat keje okeylah….ada jugak kita tak puas hati…takpelah wat tutup mata ajelah…
Sekarang kita on maternity leave…kita pun dah selamat melahirkan seorang baby boy…ini bermakna kita ada 2 herolah nie….berangan jugak nak dapat baby girl…sepasang ler…he..he…takpelah yang penting anak kita sihat....kita bersalin awal 2 minggu dari due datenya…tahun nie kita tak boleh berpose lagi…em..berganti sebulanlah jawabnya…masa ilman dulu pun sama….hu…hu….pasni nie kene buat jadual ganti pose…

Posted at 10:22 am by mujahadah
Permalink
Wednesday, January 30, 2008
Sekarang nie kita pegi keje naik Bas Dari Ampang Point….My hubby akan hantar ke bus stop situ….selalunya dalam bas nie banyak penumpang yang keje kat Kilang area Keramat tue…pagi ini ada satu cerita yang membuatkan kita tersenyum sorang-sorang dalam bas.
Ada dua orang pak cik nie naik bas yang kita naik…dia tanya driver bas berapa tambangnya…..drive bas jawab RM 1..pak cik tue bagitahu kalau 2 orang….RM 2 ye….sekali dia keluarkan RM 10 ….kawan dia pun dah naik jugak….kita bagi nama samaran ler kat pak cik nie pak cik 1 & pak cik 2….akhirnya dua orang pak cik nie bayar tambang….diaorang pun duduk…..
Masa duduk nielah nak jadi ceritanya……ada seorang pemuda nie dok borak ngan dua-dua pak cik nie.
Pemuda “ Pak cik masih merokok lagi ke” Maybe pemuda nie nampak pak cik 2 nie bawa rokok.
Pak cik 2 jawab “dah aku tak de keje nak wat kat rumah…..merokok jelah kejenya”
Pak cik 1 menyampuk “banyak je keje lain nak buat”
Pemuda “ Tak elok untuk kesihatan pak cik merokok, tue salah satu penyebab kematian”
Pak cik 2 jawab “ tak delah…..kalau nak mati, mati jugak…..macam kawan aku tue….tak merokok pun dah meninggal” . pemuda tue ngan pak cik 1 ketawa….time tue kita senyum-senyum dah….driver bas tue pun siap pusing belakang lagi....isk…isk….pak cik nie……
Pemuda tue jawab “memang kematian tue satu kemestian untuk semua orang……merokok tue penyumbang kearah kesakitan & kematian”
Sampai situ jelah kisahnya….pak cik dua orang dah sampai destinasi diaorang nak pegi begitu jugak ngan pemuda tue.
Tuelahkan….kalau dah biasa merokok….susah nak tinggalkan….tapi kalau pak cik tue berusaha…insyALLAH boleh tinggal tabiat tue….merokok bukan saje boleh mendatangkan penyakit pada perokok…..tapi kesannya jugak pada orang sekelilingnya…..orang sekeliling turut mendapat benda tak elok dari perokok tue….selalain tue membazirnya duit……beli…..pastu bakar aje….cuba ambik duit tue….bakar duit tue….mesti kita akan rasa ruginya….banyak lagi duit tue boleh digunakan ke benda lain…..nie pandangan kita aje….he….he…..

Posted at 02:19 pm by mujahadah
Permalink
Tuesday, January 29, 2008
I’ve been tagged and this time by Kak Julie.
REQUIREMENTS : Write about what or how or why you gave the name(s) to your kid(s).
QUANTITY: 5 people
TAG MODE: Firstly you leave their blog and post link and add to the list below and secondly you let the blogger you want to tag know that he/she has been tagged by commenting in his/her blog or etc…
So, the question for me is ‘why we gave our baby’s name Ilman Deliza’
Em…nama ini abi ilman yang pilih….sebab time tue kita tak sangka pun akan dapat baby boy….first time scan masa nak masuk seven month….time tue my baby malu…so doc tak dapat agak baby boy or girl….doc tue bagitahu…kalau macam nie percentage dia banyak ke baby girl...my hubby kalau boleh nak baby boy…sebagai fisrt child kami….tak kisahlah asalkan my baby sihat dan sempurna kan….my neighbor nie dia seorang doc…dia pun cakap kalau time scan tak nampak jantina….percentage dia adalah baby girl…..tapi langkah berjaga-jaga….semua keperluan yang di sediakan adalah natural color…dua-dua jantina baby sesuai untuk di pakai dan digunakan.
Semua list nama yang kita cari adalah untuk baby girl….my hubby dalam nama dia ada nama family name family mak dia…..so kita tanya nak letak family nama tue tak….my hubby kata kalau kita tak kisah dia nak letak…..kita pun suka jugak letak family nama tue…family namanya adalah DELIZA….setiap anak-beradik my hubby ada nama tue…my hubby dah warning….nama depan tak leh panjang…paling panjang 6-7 huruf sahaja….jenuh nak cari nama..sebab nak pendek aje….my hubby cakap nama dia pun dah panjang….dia tak nak nama anak dia panjang…..kita nak kene cari nama yang sesuai untuk digabungkan dengan nama DELIZA…….antara nama yang kita suka untuk baby girl adalah…..
~ Qistina – Keadilan
~ Nuha – Bijaksana
~ Irdina - Kehormatan Kami
~ Nazifa – Bersih
Untuk anak lelaki…kita tak cari sangat pun….he..he..my hubby pilih…..tiba masanya saat untuk kita melahirkan anak….alhamdulillah setelah kita selamat melahirkan my baby….kita dengar dia nagis…kita memang sangka baby girl…nurse tunjuk baby tue kat kita before dia nak gi cuci….nurse tue bagitahu….baby boy…kita memang nampak baby boy….time tue menitis air mata kita….tak sangka dapat baby boy…dan kita dah pun selamat lahirkan dia…..lepas keluar labour room….kita tanya kat my hubby….nak letak apa nama anak….dia terus cakap ILMAN….kita pun setuju jelah….ILMAN bermaksud ilmu Pengetahuan....
Muktamad keputusaannya….nama anak kami bernama ILMAN DELIZA BIN NIZALENE DELIZA. Kami berdua panggil my baby ILMAN, nama penuh dia…..tgk betapa panjang dah nama anak kami bila tambah nama ayahnya…..tue sebab abinya tak nak letak nama panjang-panjang….lagipun nama ilman jarang sikit kita dengar…..maybe disekeliling kita…kita tak pernah dengar nama nie….kira tak ramailah orang guna nama nie….he…he….
Semoga anak kita akan penuh didadanya dengan Ilmu pengetahuan yang berguna untuk dirinya sendiri, keluarga dan semestinya untuk agamanya…..
Ana ~ ummi Husna & husni ~ http://www.harumansyurgawi.blogspot.com/
Wid ~ ummi haziq & Faris ~ http://iurf.blogspot.com/
Ekyn ~ummi Nurin & Ain ~ http://nurul82.blogs.friendster.com/life_full_with_love/
~Zue kita tak tahu nama anaknya ~ http://zueyie.blogspot.com/
As ~ mama iffah ~ http://assolehah.blogdrive.com/

Posted at 01:27 pm by mujahadah
Permalink
Saturday, January 26, 2008
Alhamdulillah setelah setahun kita kene allergic pada makanan dan jugak waktu malam…kita dah tak de allergic lagi
Mula-mula nak jadinya alahan nie adalah bermula….lepas je habis pantang bersalin kat ilman….mummy masak ikan terubuk bakar….kita pun gatal nak gi makan…..kita makan sikit aje…..lepas je sejam makan….terus satu badan kita gatal…jadi mereh-merah….apa lagi tak tahan kene garu jelah….rupanya ikan terubuk nie memang jenis ikan yang boleh menyebabkan gatal mengikut kata mak kita ler….mummy suruh kita makan ubat alahan….kita pun makan jelah….alhamdulillah bertahan hanya selama 4 hari….selepas kejadian tue….asalkan gatal je kita makan ubat zytec….em…mula-mula tue jarak hari makan ubat tue lama jugak ler….lama-lama jadi 2 hari sekali kene makan ubat…..tak kisahlah kita makan apa aje….akan kene gatal-gatal…macam lopak garam tue….kalau makan seefood lagi teruk jadinya…..bila waktu malam lagi teruk gatalnya…..
kita pegi klinik….doc tue bagi satu ubat apa entah nama dia tak ingat….ubat tue boleh mengemukkan badan…..yang kita tahu tue…sebab dulu opismate kita ita dia pun kene allergic ….dia gi check kat ampang puteri….doc dia bagi ubat tue…lepas 2 minggu dia makan ubat tue….berat badan dia naik….apa lagi…dia cari lag kat internet kesan dari makan ubat tue…hu..hu…sebab tuelah tahu ubat tue mengemukkan badan…..kita terus tak berani nak makan ubat tue….tak makan pun kalau doc bagi…kita hanya makan ubat zytec aje….paling teruk kita kene allergic nie sampai mata & bibir kita akan jadi bengkak….hu..hu….tempat klinik kita selalu wat check-up tue wat surat untuk kita jalani allergic test…kat HKL or HUKM …dua tempat tue aje ada…kita pilih HKL…sebab hubby kita keje situ….nak wat test tue kita kene tunggu lagi sebulan…em..em…..one week before allergic test kita tak leh makan ubat….kita degil makan jugak sebab memang tak tahan betul….hasil dari ujian tue…..kita tak alah pun pada banyak benda….dia ada dekat 60 test kut…dia akan titikkan kat atas lengan kita….titisan tue adalah makanan yang ektsrak dijadikan cecair…then dia akan tekan titisan masuk dalam kulit sikit….lepas 5-10 minit, hasilnya akan diperolehi……kalau tempat titisan tue merah bermakna kita allergic pada makanan tersebut…akhirnya test tue tak menunjukkan kita alah pada apa pun….em…doc tue ada bagi tahu kalau kita nak wat test lagi…kita diam aje…
kita try pulak makan satu ubat nie….atas nasihat seorang kawan dia…dia cakap alahan akan hilang….em…kita makan….tapi alahan tue tak hilang jugak….dahlah benda tue mahal….sebotol seratus lebih harganya…..em..kita redha je…mungkin tak sesuai untuk kita….kita try pulak satu herba nie…..okey sikit…tapi tak jugak hilang…..em….
Last sekali akak sorang kakak nie dia jual Pad yang ada ion…..panty liner pun ada ion jugak….ion dalam tue kita leh ambik tampal kat botol air untuk bagi air tue ada ion….mengikut kata kakak nie….ion nie susah nak dapat dah kat bandar nie….disebabkan oleh pencemaran dari pelbagai sumber….ion nie kita boleh berolehi bila kita ke hutan atau tempat yang banyak pokok….mana nak cari kan dalam KL nie….em…Pad nie banyak lagi kelebihan dia….tapi kita cerita yang berkaitan dengan allergic kita aje yek….alhamdulillah selepas sebulan kita amalkan menggunakan benda nie…. allergic kita hilang…..kita syukur sangat…. allergic kita dah tak de lagi…..
Mula sekali, dalam pad ada ion dan collagen…..collagen tue kita ambik untuk sapu kat tempat kita gatal….collagen nie mahal tau kalau belil kat farmasi… collagen nie halal….pad nie pun memang ada pengesahan halalnya… collagen nie dari tumbuhan…..kalau tak period kita akan pakai panty liner…sebab ada ion kan….kita ambik jugak ion tue letak kat botol untuk kita minum airnya….jangan salah sangka pulak yek….yang kita ambik ion ngan collagen tue yang tak pakai lagi….pembungkusan pad nie pun dijaga…kita adalah orang pertama yang menyetuh benda nie…semua mesin yang buat….dia buat macam nie supaya tak bagi kene bacteria…
Setakat nie dah hampir sebula kita tak makan ubat zytec….dan kita pun dah try makan seefood ke apa yang boleh menyebabkan gatal…..kita dah tak allergic lagi….kita beryukur sangat allergic kita dah tak de….tak delah kita kene makan ubat zytec je…makan ubat tue kita akan jadi mengantuk dan badan macam lamah-lemah sikit…..alhamdulillah, kita amat berterima kasi pada pad nie…dan juga keranaNYA penyakit allergic kita dah tak de….setiap penyakit yang diperolehi kalau ALLAH tak nak bagi sembuh pada setiap perucabaan dengan ubat yang kita ada….kita perlu berusaha lagu untuk mencarinya jalannya sehingga jumpa penawar yang sesuai untuk penyakit kita nie….ALLAH amat suka pada hambanya yang berusaha untuk menyembuhkan penyakitnya…..bukan hanya berserah aje….

Posted at 02:49 pm by mujahadah
Permalink
Sunday, November 25, 2007
Semalam kita dapat mimpi…..ilman jatuh dalam sungai….then abi dia tak dapat cari dia….kita punyalah nagis…..time tue pegi mandi ramai-ramai ngan family hubby….lepas tue kita terus tersedar…dari mimpi....kita terfikir kenapa kita mimpi macam tue yek….
Keesok harinya….daddy & mummy ajak gi rumah pak su……wah..rumah pak su dah siap….renovation….dia bakal adakan kenduri around bulan march or april nie….umah pak su ada kolam renang…hu…hu…ilman excited tgk kolam tue….terus tukar baju dia….pak su bagi duck…..cucu dia punya…..em..seronok ilman masuk dalam air….kolam tue dalam….kalau orang dewasa paras dada….hu..hu..terus kita teringat ke mimpi kita…..masa tue..tak de orang dewasa pun masuk kolam..abi dia tak bawak baju pun…..em..sekali abi ilman guna seluar ritz….masa zai dok masukkan ilman dalam kolam tue…kita siap pesan lagi…pegang kuat-kuat tau….dalam hati risaunya…cepat-cepatlah abi ilman tukar seluar….tak sampai 5 minit….abi ilman dah dok dalam kolam..hu….hu….lega kita…he…he….ilman pun dok ler..mandi ngan abi dia…siap goyang-goyang kaki tue…macam nak berenang…lama jugak ilman mandi lebih sejam kut…kita tak mandi pun…kita dok pesan kat zai…..sebab kita risau pasal mimpi kita….he..he…..orang tua cakap…setiap mimpi ada maksud dia….setahu kita…kalau kene hanyut ngan air…bermaksud…penyakit dari orang tue nak hilang…memang ilman tengah selsema ngan batuk….cian dia….kalau batuk....kadang-kadang leh muntah…..kita dok melawat rumah paksu….
Rumah tu ada 4 bilik…..asal 3 bilik aje….diaorang tambah satu bilik lagi….master bedroom…setiap bilik ada toilet masing-masing….pastu tambah kolam renang…kitchen dia cantik tue….em..em..insyALLAh suatu ari nanti kita nak kitchen macam tue..he…he…rumah banglo…satu tingkat aje…senang…kita pun suka satu tingkat aje…umah besar nie…kene banyaklah mengemasnya….kawasan perumah enstek…yang selalu ada iklan kat tv….memang cantik rumah tue…tapi jauh nun di sepang…..sejam lebih nak sampai KL…hu…hu….jauh…jauh…..kawasan orang elitelah...semua umah besar-besar...mau cecah 1/2 juta...hu...hu...

ramai pulak datang rumah paksu ari nie...diaorang baru lagi dok situ....mak su jamu kitaorang makan...diaorang bakal buka restoran...area situ jugak....mak su memang terror masak..mak su masak behoon siam ngan kuew teow goreng....mak dila, papa ngan kak yang singgah on the way balik USJ...diaroang dari gersik...sempatlah kita jumpa sat...time tue dah nak magrib pun...kitaorang balik dalam 6.30 petang.....
sebelum meneruskan perjalanan.....my hubby bawak gi tgk rumah daddy yang kat sepang tue...selama kita kahwin dua tahun.....tak pernah pun gi...keciannya tgk keadaan rumah tue...sayang sangat.....elektrik ngan air dah kene potong...penyewa dulu lari macam tue aje...siap bawak ngan kunci rumah tue.....kalau nak repair rumah tue mau dalam RM 10 000...belum masuk ngan kene settle bill......bill air aje dah RM 5000...elektik berapa ratus entah....isk..isk.....

Posted at 09:41 pm by mujahadah
Permalink
Wednesday, November 21, 2007
|
 |
Ari nie besday my hubby….dah…bertambah lagi setahun umur hubby kita…nie year kedua besday hubby after kahwin ngan kita…last year….sambut kat Kelantan…..kita beli kek…pastu makan ngan mak & adik-adik kita aje…..
This year kita tak tahu nak celebrate macamana….sebab anak sedara my hubby sama besday ngan dia….maybe mak syirah belikan kek kut….kita tak plan apa-apa pun lagi….hadiah pun kita tak tahu nak beli apa….em..em…..tgklah macamana nie…
Heppy Besday Insyirah Afiqah......Semoga jadi anak yang solehah......dan good girl key.....
Heppy besday my hubby……ummi ilman & ilman sayang abi…..Semoga hubby dimurahkan lagi rezeki.....sihat.....dan sentiasa dibawah lindungan rahmat kasih sayangNya....... |
| |
|
Posted at 03:53 pm by mujahadah
Permalink
Friday, November 16, 2007
Kita boleh lupa Keputusan UPSR dah keluar….kita balik keje tue…mertua kita on chancel 1…ada warta berita petang tue…..sekali pemberita tue bagi tahu keputusan UPSR…..kita baru teringat adik kita & anak seara kita ada ambik UPSR……
Balik rumah….lepas solat maghrib…..terus kita call kampung…adik kita bak yang angkat…..kita terus tanya dia…dapat berapa A…..em…dia ngan sedih cakap… 4A 1B….cian dia….
tiap kali exam…memang selalu dapat 5A….trial exam pun dapat 5A….bak memang rajin baca buka….rajin gi kelas tambah…kita cakap kat dia…takpe…baru UPSR…bukan SPM….yang penting SPM…..ALLAH dah tentukan bak dapat banyak tue…jangan sedih sangat ler……sebenarnya kita amat-amat ler…terkejut macamana dia tak leh dapat 5A….em…mak kitalah sedih kecewa….adik kita siap kene membebel tue….kita pesan kat mak kita jangan marah & membebel kat dia key…..Cuma kita harap dia eh masuk boarding school…dah dapat 4A….alamak payahlah sikit….yang dapat 5A tue berpuluh ribu orang…..apa pun congrats pada adik kita key…usahlah untuk PMR…then SPM….yang paling penting….
Lain cerita pulak anak sedara kita shafiqah…..yang malas sikit baca buku & study……dia pulak yang dapat 5A…..dia siap bangga lagi….he…he…siap call pak cik dia kat kampong bagi tahu dia dapat 5A…he..he…iqah nie…tiap kali trial ke….exam ke…memang tak pernah dapat 5A…..tapi dah rezeki dia….alhamdulillah…..sape tak bangga dapat full resultkan.....
Congrats….buat iqah & bak yek….semoga kalian akan lebih Berjaya dia masa akan dating….yang paling penting…..ilmu tue berkesan dihati….bukan sekadar menuntut ilmu aje…..hadihnya…nanti dulu yek…..tengah pokai sekarang nie….
...


Posted at 04:19 pm by mujahadah
Permalink
Monday, September 10, 2007
Lama jugak kita tak update blog…banyak benda kita share story dengan semua pembaca blog kita…tapi…tak berkesempatan nak updatenya…every week ada je aktivitinya…em..lain-lain tue nantilah kita story kemudian….
Gigi ilman tumbuh lagi satu…gigi taring dia..he..he..ari jumaat lepas…kita dok main gurau-gurau ngan dia dia…kita dudukan dia atas riba kita..pastu kita jatuhkan dia…sukalah dia main macam tue..sekali masa baringkan ilman ke belakang tue…my hubby tegur..ilman dah ada gigi lagi satu yek…kita pun cakaplah..mana tahu…kitapun apa lagi….masukan jari kita ke dalam mulut dia…kita dongakkan kepala dia…nampaklah sebatang gigi baru….dah ¼ naik pun….tak perasan kita…hu..hu…sekarang ilman dah ada 5 batang gigi….
Ilman dah pun 11 months…dia still tak nak jalan sendiri…em..kita tak kisah sangat pun….kalau ikut belah family kita….lambat jalan…lolo dialah selalu suruh jalan…sebab cousin ilman…wazif…dah boleh melangkah 2-3 tapak….em…takpelah ilman kan..Slow-slow..nanti ilman jalan jugak…insyALLAH…lola ilman keluarkan kete mainan untuk dia…dia dok atas tue..lehlah tolak….em..suka betul dia dok atas tue…nak tolak sendiri tak reti..kalau dia dok atas tue..mula suruh orang tolak…tukang tolaknya…selalu lolo dia..takpun..Uncle shaz & auntie hana….
Sekarang ilman dah pandai makan biskut sendiri…..laju je dia nak habiskan sekeping biskut…tapi..dia suka gigit besar biskut tue…pastu kunyah tak sampai hancur…terlekatlah jadinya….dia suka mengigit sekarang ini….tudung kita selalu jadi mangsa dia nak gigi…bantal dia pun sama…kalau masukan jari ke dalam mulut dia..hu..hu..dia akan terus ngap je…tangan tue..hu..hu..sakit kene gigit ngan dia….kita paham…ilman gatal gusi..sebab gigi lain nak tumbuh…..bubur nasi pulak tak payah blend dah….kita masak lama…sampai jadi bubur yang tak hancur sangat tue….sayurnya..kita hiris..macam nak wat ulam…ayam or ikan kita potong kecik-kecik…nanti masak lama sangat hancurlah dia….kalau ikan bilis pulak…kita goreng tanpa minyak..then…blend sampai hancur..masukkan dalam nasi dia…..kita nampak ilman suka makan nasi…..em…best je tgk dia makan……
Botol susu still lagi malas nak pegang sendiri…nak jugak orang pegangkan…em..entah..tak larat nak suruh dia wat dah….takpelah nak wat macamana…..ilman pun dah pandai tgk buku-buku….abi ilman ajar dia tgk…buku animals…bila sebut je nama animals tue…ketawalah dia..paling kelakar..bila abi dia sebut "tiger"…dia pun sebut jugak…ulang banyak kali…ilman akan ikut jugak….dia paham ke tiger tue apa..entahlah..hanya ilman je yang tahu….pastu bagilah ilman pegang sendiri buku tue..habis dia koyak….em..dah terlerai pun buku animals tue..em..kita biarkan aje…ajar dia buka buku tue sendiri ngan alih ke page lain sendiri…hasil dari buku yang ilman koyak tue…dia dah pandailah nak ubah page buku tue..tapi buku tue habislah….em..em….nak cari buku yang hardcover tue….supaya dia tak leh nak koyak…..abi yang suruh ajar ilman alif..ba..tha…em..kita bukan tak nak keluarkan buku 'iqra tue..habis ler..ilman koyak..buku tue bukan keras mana pun kertasnya….tunggu dia lebih memahami apa kita bagitahu dia….
Next month….cukuplah ilman setahun….dah nak hampir setahun pun anak ummi & abi nie..em…

Posted at 04:36 pm by mujahadah
Permalink
Monday, August 06, 2007
Hari nie genap ilman 10 months….kejap je masa berlalukan…dah nak cukup setahun umur anak kita….kita pun macam tak caya je…dah ada anak….anak kita dah nak setahun….
Perkembangan ilman macam baby-baby lain…setakat nie masih dalam lingkungan yang apa baby leh wat lah….means….dah merangkak…dah berdiri dengan sokongan…sekarang dia dah start berjalan keliling kerusi….dia jalan sambil pegang kerusi tue…..ilman dah mula memanjat…..tangga tak yah cerita…dari start merangka dah panjat tangga umah lolo dia….sekarang nie leh panjat kerusi dah….pantang Nampak tempat dia leh panjat…dia akan panjatlah…kita takut takut aje…kerusi tue terbalik ke…yelah kalau orang duduk…beratlah kerusi tue…kalau tak de orang…..leh terbalik kerusi tue….pastu suka masuk bawah meja…panjat palang meja tue…suka masuk bawah kerusi jugak..kalau kerusi tue ada palang…siap langkah lagi…ilman wat macam playground jadinya…..suka ketuk benda-benda…yang akan menghasilkan bunyi….suka tepuk..dinding, pintu, toy dia…..suka jugak pegi kat plat eletrik….risau kita….ilman suka masukan cari dia dalam lubang…aslkan jumpa lubang…dia akan kusyuk aje…suka masuk…celah-celah kerusi atau almari…masuk tempat sempit-sempitlah….sekarang ilman turun tangga dah tak turun kepala dulu….turun kaki dulu dah…tapi tak leh nak budget lagi…leh jatuh tue…..
Ilman dah pandai tgk tv….tgk kartun & iklan……dia paling suka orang azan…ilman akan diam selama orang azan tue….kitaorang….time azan…buka chancel 1 or 9 untuk ilman dengar dan tgk…..rumah kitorang tak de astro….cartoon ilman akan tgk rumah lolo dialah…..kalau Saturday & Sunday…pagi-pagi tue banyaklah cortoon bagilah dia tgk….tapi kejap aje 5 minit ke…10 minit je dia tgk…sambil main….sambil tgk tv…dia suka betul iklan…tv 3 & jom heboh…..kalau keluar iklan tue….dia akan tgk ajelah….iklan yang menarik perhatian dia…ada kanak-kanak…warna menarik….iklan tue nyanyi aje….iklan kanak-kanak kan sepanjang iklan tue lagu aje….contohnya iklan horlick, milo, gardenia……
Last week ilman kene selsesama….cian dia hidung tersumbat…takleh nak breath......malam time paling sukar sekali….em…hari first day kene tue…asyik bersin je dia….ilman memang jenis cepat nak bersin…hidung dia sensitive….bayang…baru je lepas kita bersalin kat dia…kita dah dengar dia bersin….dalam labour room lagi tue….kita cakap nie mesti ikut abi dia…..ilman susah nak makan ubat masa umur dia dalam lingungan 2-6 months…sepanjang 10 bulan nie ilman pernah demam sekali aje….last dia demam masa 6 montohs…dah 4 bulan tak bagi dia ubat…sekali kita bagi…masuk mulut dia ngan picagari tue…terus dia buka mulut…telan aje….senang betul..he..he…dia ingat orang nak bagi dia apa-apa…tue ubatlah ilman……sekarang dah okey…selsema dia…tapi ubat tue kene makan sampai sebulan…..
Akhirnya….ilman dah ada gigi…he…he..suka kita tgk gigi dia….gigi kapak…dua batang kat atas…besar gigi ilman….two weeks ago gigi ilman mula naik….kita rasa..gigi bawah dia pun nak keluar…sebab kira rasa..keras sangat kat situ…..orang-orang tua cakap…kalau gigi ats naik dulu….lambat nak bersambung…makna gigi-gigi lain lambat nak naik…..em..kita bukannya leh tahan…gigi mana nak naik dulu….semua kehendak DIA …..kita tak kisahlah….asalkan anak kita sihat….dan membesar dengan baik….tue dah cukup bersyukur kita….lagi two months ilman nak one year…….

Posted at 03:52 pm by mujahadah
Permalink
Friday, August 03, 2007
Em…kenapalah kita malas nak update blog….sebenarnya malas nak menaip je..he..he..kita suka baca blog orang…..tapi kita tak reti nak wat ayat macam tue…tersusun je…ayat-ayat diaorang…..kalau kita main tulis je…apa kita rasa….asalkan orang paham dah ler…..dan kita pun paham….kalau kita tak paham tue…peliklah pulakkan….he..he….
Sekarang nie kita kat opis tak banyak keje sangat….bosanlah amat sangat….malam sebelum tidur kita mesti pikir…esok nak wat apalah kat office nie….hu..hu…kita sebenarnya jadi assistant boss kita untuk handle project nie…project nie berkaitan dengan menembak…nak automatic kan semua penggunaannya…dari start nak menembak…sampailah habis…. This system nie akan jana report…semualah….tapi…banyak melibatkan machine….ho..ho..kita mana reti coding melibatkan machine tapi kita tgk my opismate dok try…best aje…new thing yang kita boleh belajarkan…..part kita handle documentation and maybe coding part report, registration user dan beberapa part lagi….yang melibatkan oding untuk websitelah….tp boss kita cakap nanti lepas kawan dia siapkan coding ngan machine tue….dia akan bagi kita tgk…ho..ho…macam best aje….kita habiskan fasa pertama job untuk project nie…adalah kut…2 weeks ago….means….kita tak de joblah lepas tue…bos kita asyik dok suruh kita search info untuk dia….untuk my departmentlah…..

Bos kita suruh cari mengenai exam Microsoft certificate…dia plan nak hantar anak-anak buah dia nie ambik certificate tue…hu..hu…kene belajar balik nampaknya….ho..ho…dia ada cakap nak suruh kita ambik part architecture design…..melibatkan documentation system….dulu part nielah kita tak suka sikit…hi..hi..bos kita cakap dia Nampak kita layak untuk ambik certificate tue…hu..hu…kita minat progmming lagi dari wat documentation…em..dua-dua pun okey….kalau coding…bila dah jadi & siap tue satu kepuasanlah….setakat nie kita masih suka lagi wat programming….ada beberapa bahasa yang kita nak belajar…tapi tak berkesempatan lagi…..coding nie….kita target nak hasilkan apa…bila semua dah berhasil…seperti yang kita nak….means…dah jadilah…dah betul tue…kalau documentation nie….kalau orang yang baca tak paham then….orang yang terror dalam bab documentation ini check…. lagilah kita risau….takut salah…ke apa ke….dia suruh jugak kita cari certification untuk oracle 9i….oracle ada dua bahasian database administrator dengan programming…..semua certificate nie ada exam dia..lepas belajar…ambik exam….dah lulus…dapatlah certificate tue…..kene ikatlah ngan company nie..beberapa tahun…sebab exam nie bukan murah kos dia…tapi gaji ho..ho…banyaklah…kita dah professional dalam bidang tue……senang jugak nak apply job kat company lain…hi…hi….

Bos kita jugak suruh kita cari tempat untuk training…..dikalangan kitaorang dalam department nie…akan dipilih untuk gi training perl programming, java programming ngan oracle 9i programming & database….sape kene gi best jugak tue….3 benda tue….bagi kita tiga-tiga tue kita tak reti…java cript kita tahu ler….java programming dok tahlah…oracle pun pernah tgk orang wat aje….perl programming…nie language lama….em…susah sikit programming nie…dia kene line by line…kalau nak semak ke…nak paparkan maklumat…ho..ho….kita pernah tgk coding perl nie…macam tak paham aje…hu..hu…masa kita dok cari tempat training…ada satu tempat nie…kita call nak Tanya price, timetable & course outline….orang tue tak paham bahasa melaysia….kene cakap BI fully…pastu BI dia kita dok paham heh….em..dia Tanya nama kita apa…kita leh tak paham….bergulung-gulung dia cakap…nak gelak kita….kita dok piker macamana nak communicate ngan dia nie…pastu kita try jugaklah….kita pulak mana reti sangat nak speaking nie…orang cakap kita paham..nak balas balik tue…tapi..akhirnya…kita Berjaya jugak memahamkan dia..apa yang kita nak….alhamdulillah Berjaya….him give me all information thru email…siap call Tanya nak ke tak….my big bos tak bagi result…keje tue tergantung…my job already done….nak ke tak nak….Big boss yang akan tentukan……
Sekarang job kita adalah tolong cik kak wat coding untuk helpdesk system….kita kene wat module system admin & end user…..tinggal end user je belum siap lagi….ada beberapa coding kita kene cari lagi…nak wat session dia…tak jadi sangat…geram kita….kita sekarang guna database SQL server pulak….okeylah…kita pernah guna before nie…tak delah jakun sangat nak tahu tue…..maybe next Thursday nie..kita akan balik semula pada job project menembak tue…..maybe bos dah create new time-line & job yang nak kene wat serta due date project tue…….


Posted at 02:51 pm by mujahadah
Permalink