Entry: Nama baby Tuesday, January 29, 2008



I’ve been tagged and this time by Kak Julie.

 

 

REQUIREMENTS : Write about what or how or why you gave the name(s) to your kid(s).

QUANTITY: 5 people

TAG MODE: Firstly you leave their blog and post link and add to the list below and secondly you let the blogger you want to tag know that he/she has been tagged by commenting in his/her blog or etc…

 

So, the question for me is ‘why we gave our baby’s name Ilman Deliza’

 

Em…nama ini abi ilman yang pilih….sebab time tue kita tak sangka pun akan dapat baby boy….first time scan masa nak masuk seven month….time tue my baby malu…so doc tak dapat agak baby boy or girl….doc tue bagitahu…kalau macam nie percentage dia banyak ke baby girl...my hubby kalau boleh nak baby boy…sebagai fisrt child kami….tak kisahlah asalkan my baby sihat dan sempurna kan….my neighbor nie dia seorang doc…dia pun cakap kalau time scan tak nampak jantina….percentage dia adalah baby girl…..tapi langkah berjaga-jaga….semua keperluan yang di sediakan adalah natural color…dua-dua jantina baby sesuai untuk di pakai dan digunakan.

 

Semua list nama yang kita cari adalah untuk baby girl….my hubby dalam nama dia ada nama family name family mak dia…..so kita tanya nak letak family nama tue tak….my hubby kata kalau kita tak kisah dia nak letak…..kita pun suka jugak letak family nama tue…family namanya adalah DELIZA….setiap anak-beradik my hubby ada nama tue…my hubby dah warning….nama depan tak leh panjang…paling panjang 6-7 huruf sahaja….jenuh nak cari nama..sebab nak pendek aje….my hubby cakap nama dia pun dah panjang….dia tak nak nama anak dia panjang…..kita nak kene cari nama yang sesuai untuk digabungkan dengan nama DELIZA…….antara nama yang kita suka untuk baby girl adalah…..

 

~  Qistina – Keadilan

~ Nuha –  Bijaksana

~ Irdina -   Kehormatan Kami

~ Nazifa – Bersih

 

Untuk anak lelaki…kita tak cari sangat pun….he..he..my hubby pilih…..tiba masanya saat untuk kita melahirkan anak….alhamdulillah setelah kita selamat melahirkan my baby….kita dengar dia nagis…kita memang sangka baby girl…nurse tunjuk baby tue kat kita before dia nak gi cuci….nurse tue bagitahu….baby boy…kita memang nampak baby boy….time tue menitis air mata kita….tak sangka dapat baby boy…dan kita dah pun selamat lahirkan dia…..lepas keluar labour room….kita tanya kat my hubby….nak letak apa nama anak….dia terus cakap ILMAN….kita pun setuju jelah….ILMAN bermaksud ilmu Pengetahuan....

 

Muktamad keputusaannya….nama anak kami bernama ILMAN DELIZA BIN NIZALENE DELIZA. Kami berdua panggil my baby ILMAN, nama penuh dia…..tgk betapa panjang dah nama anak kami bila tambah nama ayahnya…..tue sebab abinya tak nak letak nama panjang-panjang….lagipun nama ilman jarang sikit kita dengar…..maybe disekeliling kita…kita tak pernah dengar nama nie….kira tak ramailah orang guna nama nie….he…he….

 

Semoga anak kita akan penuh didadanya dengan Ilmu pengetahuan yang berguna untuk dirinya sendiri, keluarga dan semestinya untuk agamanya…..

 

Ana ~ ummi  Husna & husni ~   http://www.harumansyurgawi.blogspot.com/

Wid ~ ummi  haziq & Faris ~  http://iurf.blogspot.com/

Ekyn ~ummi  Nurin & Ain ~  http://nurul82.blogs.friendster.com/life_full_with_love/

~Zue kita tak tahu nama anaknya ~  http://zueyie.blogspot.com/

As ~ mama iffah ~   http://assolehah.blogdrive.com/

 

 

   1 comments

Julie
January 30, 2008   06:15 AM PST
 
sedap nama ilman... :)

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments